zikrullah n doa

Wednesday 4 May 2011

Gelaran kepada para sahabat

1. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pendeta Umat dan Penterjemah Al Quraan?
-Abdullah bin Abbas

2. Sahabat Nabi yang digelar dengan 'Sayid Fawares' Ketua Pahlawan Berkuda?
-Abu Musa Al As'ary

3. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pemegang Amanah Umat
-Abu Ubaidah bin Al Jarrah

4. Sahabat Nabi yang dikenali sebagai Abu Masakin bapa orang-orang miskin?
-Ja'far bin Abi Talib

5. Sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah?
-Saad bin Muaz seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar
  penduduk Yathrib (Madinah) memeluk Islam .

6. Sahabat Nabi yang teramat mustajab doanya?
-Saad bin Abi Waqqas

7. Sahabat Nabi yang digelar sebagai Penyimpan Rahsia Rasulullah ?
-Huzaifah bin Al Yamani

8. Sahabat yang dikenali sebagai 'Ghasel Malaikat " yang dimandikan oleh para     Malaikat?
-Hanzalah bin Abi 'Aamir

9. Sahabat Nabi yang gemar memakai kain pengikat kepala berwarna merah untuk      berlagak terhadap musuh di jalan Allah?
-Abu Dujanah

10.Sahabat Nabi yang digelar 'Dhahiyatul Arab' yang berotak geliga?
-Amru bin Al 'Ash

11.Sahabat Nabi yang digelar 'Dzil Yadaein' si Dua Tangan?
-Al Kherbaaq bin Bani Sulaim.

12. Sahabat Nabi yang panjang umur dan beliau akhir sekali wafat di kalangan Sahabat?
-Anas bin Malik

13 Sahabat yang mana Nabi suka bergurau dengannya dan pernah memanggilnya ' wahai si fulan yang punyai dua telinga'
-Anas bin Malik

14. Sahabat Nabi yang terakhir dapat melihat wajah Nabi sebelum wafatnya?
-Quthum bin 'Abbas bin Abdul Muttalib

15. Sahabat Nabi yang meminum darah dari bekaman Nabi?
-Abdullah bin Zubair.

16. Sahabat yang digelar sebagai 'Mirip dengan Malaikat'?
-Imran bin Al Hushoin

17. Sahabat yang hayatnya sebelum dan sesudah Islam mempunyai tempoh yang sama iaitu 60 tahun?
-Hassan bin Tsabit

18. Sahabat yang digelar sebagai 'Abu Turab' si bapa tanah?
-Ali bin Abi Talib

No comments:

Post a Comment