zikrullah n doa

Saturday 20 August 2011

Banyaknya Ganjaran Ramadhan

Dibuka Pintu Syurga dan Ditutup Pintu Neraka
"apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan" (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Diampuni Segala Dosa yang Lalu
"siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu"(H.R. An-Nasai'e)

Pahala yang Berlipat Ganda
"segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh sehinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman; "kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku" (H.R. Muslim)

Jauh Dari Api Neraka
"barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan allah, nescaya Allah akan menjauhannya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun" (H.R. Al-Bukhari)

Perisai daripada Siksaan
"puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya daripada siksaan neraka" (H.R. Imam Ahmad)

Beroleh 2 Kegembiraan
"...dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia bergembira dengan puasanya" (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Doa Sangat Musatajab
"tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang bermusafir" (H.R. Al-Bukhari dan Termizi)

Masuk Dalam Syurga
"di dalam syurga terdapat satu pintu yang desebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka yang memasukinya ..." (H.R. Al-Bukhari)

Thursday 23 June 2011

Adab Memberi Nasihat

Pengertian Nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat bermaksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab Memberi Nasihat

  1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata kerana Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberi nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

  1. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

  1. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk nasihat, kita lbih gemar untuk menyatakan kesalahan orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara-perkara tersebut  sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

  1. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dahulu saudara yang bakal kita nasihati. Nasihatilah mereka dengan penuh kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situlah kita akan ketahui punca mereka melakukan sesuatu kesalahan.

  1. memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk berubah. Perubahan secara drastik adalah sesuatu yang sukar, janganlah terlalu memaksa untuk suatu perubahan yang mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah sifat sabar dan berserah kepada Allah perlu ada. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah berputus asa di atas nasihat yang diberikan kerana mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

Daripada Abu Ruqaiyyah ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah brsabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami brkata: “untuk siapa?” Baginda Rasulullah bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para Imam kaum muslimin dan untuk umat Islam seluruhnya.” (Hadis Riwayat al-Imam Muslim)

Adab Memberi Nasihat

Wednesday 18 May 2011

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Mu’az bin Jabal r.a. menghadap Rasululah s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t.: “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.” (an-Naba’:18)

   Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaiannya dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Mu’az, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan dikeluarkan, dikumpulkan berbaris-baris. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berikut.

BARISAN PERTAMA
   Dikeluarkan dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari Allah yang Maha Pengasih:
  “mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEDUA
   Dikeluarkan dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari Yang Maha Pengasih:
  “mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KETIGA
   Dikeluarkan mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
  “mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEEMPAT
    Dikeluarkan dari kubur dengan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka.
  “mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli”

BARISAN KELIMA
   Dikeluarkan dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah s.w.t menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah s.w.t, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEENAM
   Dikeluarkan dari kubur dengan kepala mereka terutus dari badan.
  “mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KETUJUH
   Dikeluarkan dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
  “merea itu adalah rang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KELAPAN
   Dikeluarkan dari kudur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki di atas.
  “mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEMBILAN
   Dikeluarkan dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
  “mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEPULUH
    Dikeluarkan dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak (sejenis penyakit kulit) dan kusta.
  “mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEBELAS
   Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
  “mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEDUA BELAS
   Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui tititan sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia dalam keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan dari Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun..”

Monday 9 May 2011

Keutamaan Keagamaan dalam Pembentukan Anak-anak

Biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani termuat dalam kitab Adz Dzail 'Ala Thabaqil Hanabilah I/301-390, nomor 134, karya Imam Ibnu Rajab Al Hambali. Tetapi, buku ini belum diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.
Beliau adalah seorang ulama besar sehingga suatu kewajaran jika sekarang ini banyak kaum muslimin menyanjungnya dan mencintainya. Akan tetapi kalau meninggi-ninggikan derajat beliau berada di atas Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, maka hal ini merupakan suatu kekeliruan. Karena Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam adalah rasul yang paling mulia di antara para nabi dan rasul yang derajatnya tidak akan pernah bisa dilampaui di sisi Allah oleh manusia siapapun.
Ada juga sebagian kaum muslimin yang menjadikan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani sebagai wasilah (perantara) dalam do'a mereka. Berkeyakinan bahwa do'a seseorang tidak akan dikabulkan oleh Allah, kecuali dengan perantaraannya. Ini juga merupakan kesesatan.
Menjadikan orang yang sudah meninggal sebagai perantara tidak ada syari'atnya dan ini sangat diharamkan. Apalagi kalau ada yang berdo'a kepada beliau. Ini adalah sebuah kesyirikan besar. Sebab do'a merupakan salah satu bentuk ibadah yang tidak boleh diberikan kepada selain Allah. Allah melarang makhluknya berdo'a kepada selainNya. Allah berfirman, yang artinya:
"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah." (QS. Al Jin:18)
Kelahirannya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang 'alim di Baghdad yang lahir pada tahun 490/471 H di kota Jailan atau disebut juga Kailan. Sehingga di akhir nama beliau ditambahkan kata Al Jailani atau Al Kailani atau juga Al Jiliy.
Pendidikannya Pada usia yang masih muda beliau telah merantau ke Baghdad dan meninggalkan tanah kelahirannya. Di sana beliau belajar kepada beberapa orang ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthath, Abul Husein Al Farra' dan juga Abu Sa'ad Al Mukharrimi sehingga mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbedaan-perbedaan pendapat para ulama.
Pemahamannya Beliau seorang Imam bermadzhab Hambali. Menjadi guru besar madzhab ini pada masa hidup beliau. Beliau adalah seorang alim yang beraqidah ahlus sunnah mengikuti jalan Salafush Shalih. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak pula orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, "thariqah" yang berbeda dengan jalan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, para sahabatnya dan lainnya.
Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, "Dia (Allah) di arah atas, berada di atas 'ArsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. "Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadits-hadits, lalu berkata, "Sepantasnya menetapkan sifat istiwa' (Allah berada di atas 'ArsyNya) tanpa takwil (menyimpangkan kepada makna lain). Dan hal itu merupakan istiwa' dzat Allah di atas 'Arsy.
Dakwahnya Suatu ketika Abu Sa'ad Al Mukharrimi membangun sekolah kecil di sebuah daerah yang bernama Babul Azaj dan pengelolaannya diserahkan sepenuhnya kepada Syaikh Abdul Qadir. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim di sana sambil memeberikan nasehat kepada orang-orang yang ada di sana, sampai beliau meninggal dunia di daerah tersebut.
Banyak sudah orang yang bertaubat demi mendengar nasihat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau. Sehingga sekolah ini tidak kuat menampungnya. Maka diadakan perluasan.
Imam Adz Dzahabi dalam menyebutkan biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar A'lamin Nubala, menukilkan perkataan Syaikh sebagai berikut, "Lebih dari lima ratus orang masuk Islam lewat tanganku, dan lebih dari seratus ribu orang telah bertaubat."
Murid-murid beliau banyak yang menjadi ulama terkenal, seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam. Ibnu Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni.
Wafatnya Beliau Wafat pada hari Sabtu malam, setelah maghrib, pada tanggal 9 Rabi'ul Akhir tahun 561 H di daerah Babul Azaj.
Pendapat ulama Ketika ditanya tentang Syaikh Abdul Qadir Al jailani, Ibnu Qudamah menjawab, "Kami sempat berjumpa dengan beliau di akhir masa kehidupannya. Beliau menempatkan kami di sekolahnya. Beliau sangat perhatian kepada kami. Kadang beliau mengutus putra beliau Yahya untuk menyalakan lampu buat kami. Terkadang beliau juga mengirimkan makanan buat kami. Beliau senantiasa menjadi imam dalam shalat fardhu."
Ibnu Rajab di antaranya mengatakan, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh banyak para syaikh, baik ulama dan para ahli zuhud. Beliau memiliki banyak keutamaan dan karamah. Tetapi ada seorang yang bernama Al Muqri' Abul Hasan Asy Syathnufi Al Mishri (orang Mesir) mengumpulkan kisah-kisah dan keutamaan-keutamaan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia telah menulis perkara-perkara yang aneh dan besar (kebohongannya). Cukuplah seorang itu dikatakan berdusta, jika dia menceritakan segala yang dia dengar. Aku telah melihat sebagian kitab ini, tetapi hatiku tidak tenteram untuk meriwayatkan apa yang ada di dalamnya, kecuali kisah-kisah yang telah masyhur dan terkenal dari kitab selain ini. Karena kitab ini banyak berisi riwayat dari orang-orang yang tidak dikenal. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh (dari agama dan akal), kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan dan perkataan yang batil tidak terbatas. Semua itu tidak pantas dinisbatkan kepada Syaikh Abdul Qadir Al Jailani. Kemudian aku dapatkan bahwa Al Kamal Ja'far al Adfawi telah menyebutkan bahwa Asy Syathnufi sendiri tertuduh berdusta atas kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini."
Ibnu Rajab juga berkata, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki pendapat yang bagus dalam masalah tauhid, sifat-sifat Allah, takdir, dan ilmu-ilmu ma'rifat yang sesuai dengan sunnah. Beliau memiliki kitab Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq, kitab yang terkenal. Beliau juga mempunyai kitab Futuhul Ghaib. Murid-muridnya mengumpulkan perkara-perkara yang banyak berkaitan dengan nasehat dari majelis-majelis beliau. Dalam masalah-masalah sifat, takdir dan lainnya, ia berpegang pada sunnah. "
Imam Adz Dzahabi mengatakan, "intinya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki kedudukan yang agung. Tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebagian perkataannya, dan Allah menjanjikan (ampunan atas kesalahan-kesalahan orang-orang beriman). Namun sebagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau." (Syiar XX/451).
Imam Adz Dzahabi juga berkata, "Tidak ada seorangpun para ulama besar yang riwayat hidup dan karamahnya lebih banyak kisah hikayat, selain Syaikh Abdul Qadir Al Jailani, dan banyak di antara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi."
Syaikh Rabi' bin Hadi Al Makhdali berkata dalam kitabnya, Al Haddul Fashil, hal.136, "Aku telah mendapatkan aqidah beliau (Syaikh Abdul Qadir Al Jailani) di dalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. Maka aku mengetahui dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syi'ah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf.
(suntingan daripada wikipedia)

Itulah dia biografi Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, penghulu kepada semua wali Allah. Namun yang sebenarnya ingin ana
tekankan ialah berkenaan dengan didikan agamanya. Mesti ada antara kita pernah mendengar cerita yg seorang lelaki
yang memakan buah delima yang hanyut dibawa arus sungai nil, dan kemudian mencari tuan kepada buah itu untuk
meminta dihalalkan. Ya, itulah dia ayah kepada Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Kisahnya bermula ketika bapa Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani terjumpa sebiji buah delima yang dihanyutkan arus Sungai Nil. Disebabkan 
kelaparan, beliau memakan buah tersebut. Namun apabila sudah makan, dia sedar bahawa dia telah makan buah delima milik orang lain 
tanpa kebenaran. Kemudian dia berjalan di melawan arah arus sungai itu sehingga menjumpai sebuah kebun. Bapa Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani itu berasa yakin bahawa buah yang dimakannya tadi adalah daripada kebun ini. Jadi dia berjumpa dengan pemilik kebun tersebut dengan tujuan meminta buah yang dimakannya tadi dihalalkan. Tuan empunya kebun itu tadi memberi syarat kepada bapa Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani tadi untuk menghalalkan buah tadi. Dia diminta bekerja di kebun tadi untuk beberapa tahun. Genap masanya dan selesai syaratnya, bapa Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani meminta kebnaran untuk pulang. Tetapi, pada masa itu juga, tuan empuna kebun memberi syarat yang kedua iaitu berkahwin dengan anaknya. Dkhabarkan kepadanya ciri anak perempuaan pemilik kebun itu tadi adalah buta kedua matanya, pekak telinganya, dan lumpuh pula tubuhnya.

Atas sebab inginkan kehalalan daripada buah itu tadi, dia menerima syaratnya. Alangkah tekejutnya dia apabila melihatkan isterinya (iaitu ibu kepada Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani) sungguh rupawaan dan tiada pula cacat celanya seperti yang dikhabarkan. Kemudian dierangkan kepadanya bahawa semua kecacatan yang dikhabarkan adalah kiasan semata-mata. Dikatakan matanya buta bekmaksud tidak pernah meihat perkara maksiat, telunganya pekak bermakna tidak pernah mendengar perkara yang juga maksiat, dikatakan tubuhnya lumpuh pula, bermakna tidak pernah melangkah ke tempah yang maksiat.

Firman Allah SWT:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) 
(an-nur, 24:26)

Berbalik semula kepada tajuk utama tadi, seperti yang kita dapat lihat, betapa pentingnya menjaga kehalal. Dan perkara ini juga menunjukkan bahawa bapa kepada penghulu wali Allah ini mengambil berat dalam keagamaan. Hasil perkahwinan itulah lahirnya Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Natijahnya ibu dan bapa merupakan insan yang paling penting dalam pembentukan jati diri anak-anak. Baik acuannya, maka baiklah kuihnya.

Wassalam..



Wednesday 4 May 2011

Gelaran kepada para sahabat

1. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pendeta Umat dan Penterjemah Al Quraan?
-Abdullah bin Abbas

2. Sahabat Nabi yang digelar dengan 'Sayid Fawares' Ketua Pahlawan Berkuda?
-Abu Musa Al As'ary

3. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pemegang Amanah Umat
-Abu Ubaidah bin Al Jarrah

4. Sahabat Nabi yang dikenali sebagai Abu Masakin bapa orang-orang miskin?
-Ja'far bin Abi Talib

5. Sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah?
-Saad bin Muaz seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar
  penduduk Yathrib (Madinah) memeluk Islam .

6. Sahabat Nabi yang teramat mustajab doanya?
-Saad bin Abi Waqqas

7. Sahabat Nabi yang digelar sebagai Penyimpan Rahsia Rasulullah ?
-Huzaifah bin Al Yamani

8. Sahabat yang dikenali sebagai 'Ghasel Malaikat " yang dimandikan oleh para     Malaikat?
-Hanzalah bin Abi 'Aamir

9. Sahabat Nabi yang gemar memakai kain pengikat kepala berwarna merah untuk      berlagak terhadap musuh di jalan Allah?
-Abu Dujanah

10.Sahabat Nabi yang digelar 'Dhahiyatul Arab' yang berotak geliga?
-Amru bin Al 'Ash

11.Sahabat Nabi yang digelar 'Dzil Yadaein' si Dua Tangan?
-Al Kherbaaq bin Bani Sulaim.

12. Sahabat Nabi yang panjang umur dan beliau akhir sekali wafat di kalangan Sahabat?
-Anas bin Malik

13 Sahabat yang mana Nabi suka bergurau dengannya dan pernah memanggilnya ' wahai si fulan yang punyai dua telinga'
-Anas bin Malik

14. Sahabat Nabi yang terakhir dapat melihat wajah Nabi sebelum wafatnya?
-Quthum bin 'Abbas bin Abdul Muttalib

15. Sahabat Nabi yang meminum darah dari bekaman Nabi?
-Abdullah bin Zubair.

16. Sahabat yang digelar sebagai 'Mirip dengan Malaikat'?
-Imran bin Al Hushoin

17. Sahabat yang hayatnya sebelum dan sesudah Islam mempunyai tempoh yang sama iaitu 60 tahun?
-Hassan bin Tsabit

18. Sahabat yang digelar sebagai 'Abu Turab' si bapa tanah?
-Ali bin Abi Talib

Khusyuk dalam Solat

Bila ditanya, “kamu sembahyang ke tidak ni?”, sudah pasti jawapannya “ doh ler” dan ditambah lagi “aku sembahyang cukup lima waktu tiap-tiap hari”. Namun, melihatkan cara dan gayanya, pasti jawapan tadi agar meragukan. Allah s.w.t berfirman, “jangan dekati zina” tapi itu yang didekatinya.

Dalam surah al-ankabut ayat ke-45, Allah berfirman “Bacalah Kitab (al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Namun, mengapa solat baginya tidak memberi kesan??

Solat sebenarnya merangkumi tiga bahagian iaitu tiga rukun. Rukun Qalbi, Rukun Qauli, dan Rukun Fi’li.

Rukun Qalbi :
 Merupakan lintasan hati (niat).

Rukun Qauli :
Diucapkan dengan lidah seperti:

-Melafazkan takbiratulihram sewaktu mengangkat takbir
-Membaca al-Fatihah
-Membaca tahiyat atau tasyajud akhir
-Membaca selawat atas Nabi SAW pada tahiyat akhir
-Mengucapkan salam pertama ke kanan

Rukun Fi’li :
Perbuatan yang dilakukan iaitu:

-Berdiri tegak
-Rukuk
-Iktidal
-Sujud
-Duduk antara dua sujud
-Duduk ketika membaca tahiyah akhir

Namun, seorang yang bersolat itu hendaklah (menghadirkan diri dan) khusyuk di dalam sembahyangnya; dan hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara-perkara yang bersembahyang di kala telah dihidangkan makanan yang memecahkan seleranya; dan janganlah dia bersembahyang dalam keadaan menahan dari membuang air besar dan air kecil

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (ayat 238) “Peliharalah semua sembahyangmu, dan peliharalah solat wushta. (berdirilah untuk Allah (dalam solatmu))  dengan khusyuk.” Khusyuk dalam solat merupakan antara elemen yang terpenting. Solat baik pasti dapat mentarbiah diri yang beribadah.

Allah berfirman lagi dalam surah al-Mukminun (ayat 1 dan 2) “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berguna”..

Di antara memelihara memelihara sembahyang dan mendirikannya ialah, menimbulkan
kekhusyukkan dalam diri dengan sebaik-baikya, meneliti bacaan dan memahami makna-makna bacaan, merasakan rendah hati dan diri ketika rukuk dan sujud, memenuhi hati dengan kebesaran Allah SWT dan kesuciannya ketika bertakbir dan bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang, mengosongkan fikiran dan detikan hati berhubung dengan merasakan dunia dan meninggalkan perbicaraan dalam diri dalam sembahyang. Hendaklah menumpukan segala perhatian kepada sembahyang dan menunaikan secara baik mungkin, sebagaimana yang diperintahkan Allah, sebab sembahyang tanpa khusyuk tidak berguna sama sekali.

Seringkali kekhusyukan dalam sembahyang menguasai sebahagian ahli salaf keperingkat yang menakjubkan. Kadang-kala ketika berdiri atau sujud salam bersolat, burung datang bertengkar di atas mereka, dan menyangkakan bahawa mereka itu adalah tiang atau tembok, disebabkan mereka terlalu tenang dan kekhusyukan membuatkan mereka berdiri dan sujud terlalu lama..

Satu waktu, ketika rumah Sayyidina Ali Bin Husain r.a. terbakar, padahal beliau sedang khusyuk di dalam sujudnya. Orang ramai berteriak memanggilnya , “Wahai cucu Rasulullah! Api! Api! Namun beliau tetap melanjutkan sujudnya tanpa mengangkat kepalanya. Setelah selesai bersolat, beliau diberitahu tentang peristiwa yang terjadi, maka jawabnya, “ saya sedang sibuk dengan api akhirat ketika itu”

Di dalam sebuah riwayat, tersebut bahawa Allah SWT telah memecahkan gerak kerja sembahyang kepada 40 000 baris terdiri daripada para malaikat pada setiap baris terdapat 70 000 pula. 10 000 baris semuanya berdiri tidak rukuk dan tidak pernah sujud. 10 000 yang lain rukuk dan tidak pernah sujud. 10 000 lagi terus sujud, tidak mengangkat kepala dan 10 000 yang terakhir duduk, tidak bergerak-gerak pula. Semua faedah ini dikumpulkan kepada seorang hamba yang mukmin, apabila dia seembahyang dua rakaat. Bukankah itu merupakan rahmat dan kelebihan dari Allah SWT untuk hambanya yang mukminin?