Qarin ialah perkataan arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat berasal dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi
Kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia denan mengajak mereka melakukan kemungkaran secara menggoda, merayu, memujuk, dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada nabi atau orang alim.
“Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuuk menipu.” Surah Al-An’am;112.
Rasulullah saw pernah bersabda, “tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.”
Dijelaskan dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melaikan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.
Kenyataan ini diperkuatkan lagi oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa’i, demikian bunyinya; “sesungguhnya daripada syaitan ada satu gangguan kepada anak Adam dan dari malaikat pun ada pula. Gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka berangsiapa yang merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca: menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu kekejian.”
Bagi menguatkan keterangan tentang qarin yang menemani setiap manusia, hadis ini sebagai hujahnya:
a) telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidina Aishah binti As-Saddiq: Rasulullah saw telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlaku satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya: “apakah yang terjadi Aishah?” maka saya menjawab, “apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau?” jawab Rasulullah saw, “adakah syaitanmu telah datang?” maka saya menjawab, “wahai Rasulullah, adakah syaitan bersamaku?” jawab baginda, “ya.”
Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunya qarin. Maksud qarin di sini adalah syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah saw.
Maksud menunggang bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama penunggang yang sentiasa berada dia atas jasad maanusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menuruti kehendaknya. Banyak antara manusia yang terpedaya sehingga menjadikan manusia itu memandang perkara yang baik itu buruk dan yang buruk itu sebagai yang baik, lantas mereka menentang perintah Allah. Maka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Begitulah gambaran secara ringkas tentang keadaan yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan yang lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan daripada Allah ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah Al-Hijr:42; “sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat.”
Menurut kepercayaan keagamaan orang mesir di zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu atau sebagia teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lhir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidu. Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan akan menjadi rakan kepada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu adalah lelaki, maka qarinnya itu dianggap sebagai kakak, begitulah juga sebaliknya. Qarin yang dikatakan tdur dengan kembarnya akan mempunyai kaitan dalam tidurnya iaitu mimpi.seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya adalah lebih kuat daripada dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, qarin hanya akan berpisah dengan temannya ialah apabila seseorang itu meninggal dunia. Manusia akan dikebumikan, manakala qarin akan terus hidup sehingga hari kiamat.
Dibandingkan manusia dengan makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1%, biangan jin 9% manakala malaikat adalah 90%. Rasulullah saw pernah bersabda, “sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian. Jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan satu bahagian itu kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.”
No comments:
Post a Comment