zikrullah n doa

Saturday 20 August 2011

Banyaknya Ganjaran Ramadhan

Dibuka Pintu Syurga dan Ditutup Pintu Neraka
"apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan" (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Diampuni Segala Dosa yang Lalu
"siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu"(H.R. An-Nasai'e)

Pahala yang Berlipat Ganda
"segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh sehinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman; "kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku" (H.R. Muslim)

Jauh Dari Api Neraka
"barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan allah, nescaya Allah akan menjauhannya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun" (H.R. Al-Bukhari)

Perisai daripada Siksaan
"puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya daripada siksaan neraka" (H.R. Imam Ahmad)

Beroleh 2 Kegembiraan
"...dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia bergembira dengan puasanya" (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Doa Sangat Musatajab
"tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang bermusafir" (H.R. Al-Bukhari dan Termizi)

Masuk Dalam Syurga
"di dalam syurga terdapat satu pintu yang desebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka yang memasukinya ..." (H.R. Al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment